Kerajaan dan politik Delhi

Rencana utama: Kerajaan Delhi
Blok Utara yang dibina pada tahun 1931 sewaktu zaman British Raj, menjadi tapak pejabat kerajaan terpenting

Wilayah Ibu Negara Delhi mempunyai Dewan Perundangan, Leftenan Gabenor, Majlis Menteri-Menteri and Ketua Menteri sendiri. Kerusi-kerusi dewan perundangan diisi secara pemilihan langsung dari kawasan pengundian wilayah di NCT. Namun begitu, New Delhi ditadbir bersama oleh Kerajaan Kesatuan India dan Kerajaan Wilayah Ibu Negara Delhi. Oleh itu, New Delhi yang terletak dalam lingkungan Delhi, merupakan pusat Wilayah Ibu Negara Delhi dan Kerajaan India.

Perkhidmatan pengangkutan diselia oleh kerajaan Delhi, manakala polis berada dalam penguasaan langsung kerajaan pusat.[45] Dewan perundangan ditubuhkan semula pada tahun 1993 buat julung kalinya sejak tahun 1956, dalam bidang kuasa perintah persekutuan. Selain itu, Perbadanan Perbandaran Delhi (MCD) mengurus pentadbiran awam untuk bandaraya ini mengikut akta Panchayati Raj. Sebagai pusat kerajaan persekutuan India, di new Delhilah bertempatnya Parlimen India, Rashtrapati Bhavan (Istana Presiden) dan Mahkamah Agung India. Terdapat 70 kawasan pemilihan dewan dan tujuh kawasan pemilihan Lok Sabha (dewan rakyat India) di Delhi.[46][47]

Rujukan

WikiPedia: Delhi http://www.ucalgary.ca/applied_history/tutor/islam... http://123independenceday.com/indian/gift_of/freed... http://www.aboutpalaceonwheels.com/palace-on-wheel... http://www.aipsmedia.com/index.php?page=interview&... http://airport-delhi.com/ http://www.avalanchepress.com/Soldier_Shah.php http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601039&re... http://www.business-standard.com/india/storypage.p... http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/features/u... http://content.cricinfo.com/india/content/story/26...